+Salam Maal Hijrah!+

Ya,..maybe ramai kata poyo kannn gamba kt tepi tuh..haha..anyway, itu adalah hasil kesanggapan kt ofis yg makin suram serta kebluran xtau nk wat keje apa kt sinih…
Senyap sunyi ofis harinih…sejuk gil2 lak tu…apesal? Coz ramai yg dah start cuti for CNY, juga kurangnya homo sapiens dlm ofis utk mengeluarkan haba…egegegege…mmg sejuk… last day keje before 1 week cuti…senyap je bos kali nih…takde bonus angpao utk staff ke? Haha…sadis je tgk kwn2 mata sepet yg lain, eh,ke diorg dpt senyap2..takpe la, if diorg dpt, mmg patut dpt pun,..aku dh dpt time raya haritu, so, should be fair la kan… so, kong si fa cai la for all my ofis mate yg sambut cny k..

kelmarin aku n pol turut gubra bila teringatkan 25hb tarikh saringan utk calon angkasawan lg. tinggal 18,derang nak buang 8, tinggalkan 10 sblm pilih 4 final utk dhantar ke Russia utk tmph masa 18 bln…n kami turut terharu mendpt tahu kwn kami,si busto terpilih dalam final 10..wooohhh…tak sangke, kalo mengenangkan balik siapakah bostami berambut afro di mmu dulu dgn bos skrg yg mungkin berpeluang cerah mengenakan pakaian astronaut seperti afdlin shauki di cover album Fuyoo nya…tak sangke gak org yg dilabel sbg kecik kurus erm…lg satu perkataan aku taknak sebut takut mengganggu sensitivity manusia2 lain…sebenarnya bole berjaya menghadapi rintangan ,segala kertas ujian IQ fizik kimia bio matematik dan ujian2 fizikal n mental lain yg kami bayangkan cukup mencabar n bkn calang2 olang yg boleh melepasinya… huhu…tabik spring laa bos!…hum,apakah vision n mission anda diangkasa lepas? heh …kalau ada rejeki, insyaAllah ko leh berjaya trmasuk dlm 4 org tu (humm…boleh ke? Tp kalo berjaya, mmg xterkejut coz ko dah mengejutkan org lain dlm saringan2 yg sblmnya..so,kalo dpt, mmg leh caye je kot, eh, ke akan kecut perut?.. kalo tak dpt pun, we still see it as a big achievement..)…dgn smoga brbklkn doa,harapan dan sokongan keluarga, rakan2, ‘org besar’(keh keh), dan rakyat melesia yg lain akan menambahkan semangat, kekuatan, kecekalan, xgive up etc utk menamatkan pencarian ini hingga ke titisan peluh terakhir..aicee…byk gk duit Negara yg dipakai utk mereliassasi kan project nih…so, buat la elok2 n as u said, tawakkal aje laa….hmm..cane nk solat di angkasa ya…

Forum mlm tadi bertajuk ‘Jangan Tinggal Daku’ membincangkan perihal kes penceraian yg berlaku dikalangan umat Islam kita pada hari ini…byk info2 menarik yg membuka mata, beri kesedaran, serta info yg sepatutnya pasangan suami isteri perlu jelas dlm perkara yg membabitkan talak dan penceraian…apa yg rata2 berlaku pd masyarakat sekrg, penceraian dianggap terlalu enteng, bila masing2 membicarakan perihal hak sedangkan runtuhnya kesedaran terhadap peranan n tanggungjawab sbgi suami / isteri dlm perkahwinan adalah punca musbab utama terjadinya penceraian. Oleh sbb itu, sekiranya pihak masing2 mengetahui peranan masing2, bertolak ansur, byk bersyukur, serta ingat akan hukum2 Allah, insyaAllah, perkahwinan dpt berkekalan hingga ke akhir hayat…apa yg perlu diingatkan juga, penceraian juga memberi kesan pada anak2..oleh sbb itu, even dah bercerai, biarlah bercerai dgn cara baik, jaga keaiban pihak masing( ya, kdg2 pihak keluarga turut campur tangan memburukkan keadaan) supaya hati anak2 terjaga, tidak diabaikan, serta jalankan tanggungjawab sbg ibu / bapa even tiada hubungan lg dgn isteri / suami….pengalaman melihat keruntuhan rumahtangga org lain mmg sedikit sbyk memberi impact pd aku…namun ia juga membuatkan aku lebih bersedia utk melayari bahtera rumahtangga yg aku pun tak tau bila or sempat ke kan…keh keh….uhuk… walaubagaimanapun, pengajaran yg aku dpt pd hari ini adalah..jgn main teka je, lain kali tanya dulu…haha …sesungguhnya aku berdoa moga Allah berikan bukan yg aku fikirkan terbaik utkku, tapi apa yg difikirkan-Nya Terbaik buatku….mudah2an diberi petunjuk n hidayah, dan sesungguhnya aku redha …..

Cuti kali ini bukan sahaja utk meraikan raya cine, tp buat muslimin muslimat sekalian, ia juga cuti menyambut kedatangan tahun baru Islam…bermulanya 1427 hijrah..1426 di kelantan, tahun ni kat sitiawan aje…cukup setahun …namun, rakan2 jgn lupa baca doa akhir tahun pd akhir waktu asar sblm masuk maghrib di hari Isnin (30Zulhijjah ) nanti…juga doa awal tahun lepas maghribnya…pada rakan2 yg duduk sekitar perak esp sitiawan, dijemput menjoin aktiviti Qiamulail dan tahlil pada 30 hb Jan (1 muharram) nnt berlokasi di Masjid An-Nasriah iaitu masjid besar Sitiawan…bermula jam 6.45ptg insyaAllah…marilah beramai-ramai menghadiri majlis ilmu …semoga bertambah keberkatan, rahmat, dan limpahan rezeki dr Allah swt serta keampunan terhadap dosa2 yg tlh dilakukan pd thn lalu….moga tahun baru membuka lembaran yg lebih bererti, lebih diberkati, lebih berjaya, lebih positif, lebih sgala2nya lah…peng’Hijrah’an kearah sesuatu yg lebih baik n positif….amin…

* tiba2  aku nk try nyanyi satu lagu nih yg selalunya kmpln nasyid intan5 bradik yg akn nyanyi everytime ketibaan Maal Hijrah..haha..sthn skali je ker..heh..ok, 1 , 2 , 3,…mula!

"Satu Muharram detik permulaan,
perkiraan tahun Islam Hijrah,
perpindahan Nabi dan Umat Islam..
dr kota Mekah ke Kota Madinahhh…
asas keyakinan dan iman yg teguh…
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu….
rela b’korban, harta & nyawaaa, demi menegakkan Islam t’cinta
..jeng jeng jeng…

c/o: Hijrah itu pengorbanan (*ikut dgn suara latar yg lantang dan b’smgt : pengorbanan!)
Hijrah itu perjuangan (*perjuangan!)
Hijrah itu persaudaraan (*persaudaraan!)
Hijrah membentuk perpaduan (*perpaduan!)

Oleh itu, mari semua, kita sambut Maal Hijraahhhh…(*aaaaaaah)
Tingkatkan semangat, Tegakkan Syiar Islam !
untuk sepanjang zaman…(* sepanjang zamaannn….)-3x
HIJRAH !(ya, dilaungkan dengan semangat yg tinggi ! )

haha..sweet memories…=) anyway,rakan2…

“Wishing u 12 months of Taufiq, 52 weeks of Hidayah, 365 days of Barakah, 8,760 hrs of Sabar, 525,600 mins of Zuhud, 315,360 second of Redha
…Salam Maal Hijrah semua..”

..err..aku tak sure betul ke tak pengiraan masa tu, hasil dr frwd2 je..ok..slmt tahun baru…

One Response to “+Salam Maal Hijrah!+”

  1. wULAn Says:

    k in…..kejap jer yer dah setahun….rasa macam baru semalam jumpa arwah hanni….neway,…be tough2 gal….as u be now!wish u all the best….salam maal hijrah!just nk inform k in…2hb nih dyla ada xpdc ke gunung kinabalu…doakan dyla yer!tata…mis u!wslm..

Leave a Reply