Archive for January, 2006

+Salam Maal Hijrah!+

Thursday, January 26th, 2006

Ya,..maybe ramai kata poyo kannn gamba kt tepi tuh..haha..anyway, itu adalah hasil kesanggapan kt ofis yg makin suram serta kebluran xtau nk wat keje apa kt sinih…
Senyap sunyi ofis harinih…sejuk gil2 lak tu…apesal? Coz ramai yg dah start cuti for CNY, juga kurangnya homo sapiens dlm ofis utk mengeluarkan haba…egegegege…mmg sejuk… last day keje before 1 week cuti…senyap je bos kali nih…takde bonus angpao utk staff ke? Haha…sadis je tgk kwn2 mata sepet yg lain, eh,ke diorg dpt senyap2..takpe la, if diorg dpt, mmg patut dpt pun,..aku dh dpt time raya haritu, so, should be fair la kan… so, kong si fa cai la for all my ofis mate yg sambut cny k..

kelmarin aku n pol turut gubra bila teringatkan 25hb tarikh saringan utk calon angkasawan lg. tinggal 18,derang nak buang 8, tinggalkan 10 sblm pilih 4 final utk dhantar ke Russia utk tmph masa 18 bln…n kami turut terharu mendpt tahu kwn kami,si busto terpilih dalam final 10..wooohhh…tak sangke, kalo mengenangkan balik siapakah bostami berambut afro di mmu dulu dgn bos skrg yg mungkin berpeluang cerah mengenakan pakaian astronaut seperti afdlin shauki di cover album Fuyoo nya…tak sangke gak org yg dilabel sbg kecik kurus erm…lg satu perkataan aku taknak sebut takut mengganggu sensitivity manusia2 lain…sebenarnya bole berjaya menghadapi rintangan ,segala kertas ujian IQ fizik kimia bio matematik dan ujian2 fizikal n mental lain yg kami bayangkan cukup mencabar n bkn calang2 olang yg boleh melepasinya… huhu…tabik spring laa bos!…hum,apakah vision n mission anda diangkasa lepas? heh …kalau ada rejeki, insyaAllah ko leh berjaya trmasuk dlm 4 org tu (humm…boleh ke? Tp kalo berjaya, mmg xterkejut coz ko dah mengejutkan org lain dlm saringan2 yg sblmnya..so,kalo dpt, mmg leh caye je kot, eh, ke akan kecut perut?.. kalo tak dpt pun, we still see it as a big achievement..)…dgn smoga brbklkn doa,harapan dan sokongan keluarga, rakan2, ‘org besar’(keh keh), dan rakyat melesia yg lain akan menambahkan semangat, kekuatan, kecekalan, xgive up etc utk menamatkan pencarian ini hingga ke titisan peluh terakhir..aicee…byk gk duit Negara yg dipakai utk mereliassasi kan project nih…so, buat la elok2 n as u said, tawakkal aje laa….hmm..cane nk solat di angkasa ya…

Forum mlm tadi bertajuk ‘Jangan Tinggal Daku’ membincangkan perihal kes penceraian yg berlaku dikalangan umat Islam kita pada hari ini…byk info2 menarik yg membuka mata, beri kesedaran, serta info yg sepatutnya pasangan suami isteri perlu jelas dlm perkara yg membabitkan talak dan penceraian…apa yg rata2 berlaku pd masyarakat sekrg, penceraian dianggap terlalu enteng, bila masing2 membicarakan perihal hak sedangkan runtuhnya kesedaran terhadap peranan n tanggungjawab sbgi suami / isteri dlm perkahwinan adalah punca musbab utama terjadinya penceraian. Oleh sbb itu, sekiranya pihak masing2 mengetahui peranan masing2, bertolak ansur, byk bersyukur, serta ingat akan hukum2 Allah, insyaAllah, perkahwinan dpt berkekalan hingga ke akhir hayat…apa yg perlu diingatkan juga, penceraian juga memberi kesan pada anak2..oleh sbb itu, even dah bercerai, biarlah bercerai dgn cara baik, jaga keaiban pihak masing( ya, kdg2 pihak keluarga turut campur tangan memburukkan keadaan) supaya hati anak2 terjaga, tidak diabaikan, serta jalankan tanggungjawab sbg ibu / bapa even tiada hubungan lg dgn isteri / suami….pengalaman melihat keruntuhan rumahtangga org lain mmg sedikit sbyk memberi impact pd aku…namun ia juga membuatkan aku lebih bersedia utk melayari bahtera rumahtangga yg aku pun tak tau bila or sempat ke kan…keh keh….uhuk… walaubagaimanapun, pengajaran yg aku dpt pd hari ini adalah..jgn main teka je, lain kali tanya dulu…haha …sesungguhnya aku berdoa moga Allah berikan bukan yg aku fikirkan terbaik utkku, tapi apa yg difikirkan-Nya Terbaik buatku….mudah2an diberi petunjuk n hidayah, dan sesungguhnya aku redha …..

Cuti kali ini bukan sahaja utk meraikan raya cine, tp buat muslimin muslimat sekalian, ia juga cuti menyambut kedatangan tahun baru Islam…bermulanya 1427 hijrah..1426 di kelantan, tahun ni kat sitiawan aje…cukup setahun …namun, rakan2 jgn lupa baca doa akhir tahun pd akhir waktu asar sblm masuk maghrib di hari Isnin (30Zulhijjah ) nanti…juga doa awal tahun lepas maghribnya…pada rakan2 yg duduk sekitar perak esp sitiawan, dijemput menjoin aktiviti Qiamulail dan tahlil pada 30 hb Jan (1 muharram) nnt berlokasi di Masjid An-Nasriah iaitu masjid besar Sitiawan…bermula jam 6.45ptg insyaAllah…marilah beramai-ramai menghadiri majlis ilmu …semoga bertambah keberkatan, rahmat, dan limpahan rezeki dr Allah swt serta keampunan terhadap dosa2 yg tlh dilakukan pd thn lalu….moga tahun baru membuka lembaran yg lebih bererti, lebih diberkati, lebih berjaya, lebih positif, lebih sgala2nya lah…peng’Hijrah’an kearah sesuatu yg lebih baik n positif….amin…

* tiba2  aku nk try nyanyi satu lagu nih yg selalunya kmpln nasyid intan5 bradik yg akn nyanyi everytime ketibaan Maal Hijrah..haha..sthn skali je ker..heh..ok, 1 , 2 , 3,…mula!

"Satu Muharram detik permulaan,
perkiraan tahun Islam Hijrah,
perpindahan Nabi dan Umat Islam..
dr kota Mekah ke Kota Madinahhh…
asas keyakinan dan iman yg teguh…
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu….
rela b’korban, harta & nyawaaa, demi menegakkan Islam t’cinta
..jeng jeng jeng…

c/o: Hijrah itu pengorbanan (*ikut dgn suara latar yg lantang dan b’smgt : pengorbanan!)
Hijrah itu perjuangan (*perjuangan!)
Hijrah itu persaudaraan (*persaudaraan!)
Hijrah membentuk perpaduan (*perpaduan!)

Oleh itu, mari semua, kita sambut Maal Hijraahhhh…(*aaaaaaah)
Tingkatkan semangat, Tegakkan Syiar Islam !
untuk sepanjang zaman…(* sepanjang zamaannn….)-3x
HIJRAH !(ya, dilaungkan dengan semangat yg tinggi ! )

haha..sweet memories…=) anyway,rakan2…

“Wishing u 12 months of Taufiq, 52 weeks of Hidayah, 365 days of Barakah, 8,760 hrs of Sabar, 525,600 mins of Zuhud, 315,360 second of Redha
…Salam Maal Hijrah semua..”

..err..aku tak sure betul ke tak pengiraan masa tu, hasil dr frwd2 je..ok..slmt tahun baru…

++ Mari kawan2 & Syukran ++

Friday, January 20th, 2006

Promosi promosi!

Kursus Penghayatan Solat Sempurna Dan Muhasabah Diri

Tarikh : 05 Februari 2005 (Ahad)
MASA : 8.30 pagi – 6.30 petang
YURAN : RM 55 ( merangkumi 3 kali makan minum dan kertas kerja )
TEMPAT : Auditorium, Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam (Bersebelahan Masjid Negeri Selangor)No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,40100, Shah Alam.
Bimbingan : Al-Fadhil Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya M.A, Shari’ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan Tawliah Mengajar dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) . No Rujukan : pmwp/600/2klt.6(138),Merupakan Pelajar Terbaik dalam 2 subjek sarjana di Univ. al-Yarmouk tahun 2002 dalam subjek Usul Fiqh dan Fiqh Kontemporari, mendahului semua pelajar-pelajar Arab dari Jordan, Mesir, Iraq, Saudi, Syria dan lain-lain. Kedua-dua subjek tersebut di ajar oleh guru –guru yang terkenal paling sukar di Universiti al-Yarmouk iaitu Prof Dr Syeikh Muhammad Fathi Ad-Durayni (Syria) dan Prof Dr Abd Nasser Abul Basal(Jordan).Merupakan Pelajar Terbaik Peringkat Sarjana kategori Pelajar Luar Jordan. Bagi seluruh pelajar tahun 1999, 2000, 2001.)
UNTUK PENDAFTARAN:
Hubungi Puan Hamidah di 019-388 5486 atau  Puan Ummu Husna 019-6096 117 atau ! email ke tibyan2005@yahoo.com

Sape nak pergi still boleh register aku rasa…as long as tmpt masih ada, bayar yuran, sblm start cuti CNY kot……marilah ramai2 menimba ilmu dgn menghadiri kursus ini…mudah2an ia dpt memberi ilmu2 yg bermanfaat serta menjawab segala persoalan /kemusykilan dlm diri mengenai ibadat solat dan lain2….insyaAllah…

A week of what aku considered as rezeki…sesungguhnya rezeki itu hak Allah..Bila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik..hanya mata manusia yg diselaputi dengan nafsu yg xdpt  melihat kebaikan yg ada pada sesuatu kejadian…Alhamdulillah…sbnrnya terlalu byk nikmat dunia yg Allah SWT dh bagi…kadang-kala manusia ni lupa….juga kadangkala tak reti bersyukur dan sering mengeluh…kadang-kala juga Allah bg utk menguji sejauh mana kita bersyukur dan ingat kepadaNya….erm.. honestly I never dream to have it yet at the moment…namun, aku bersyukur n syukran yg xterhingga buat ibu ayah…uhuk..saye terharu…terlalu byk jasa mereka…hanya doa yg dpt  ku panjatkan agar jasa kalian dibalas dengan kurniaan yg terbaik dari Allah SWT….another my late sisters dream come true….how bout their dream? hope it also will come true someday….

"Ya Allah,peliharaknlah kami dari sifat2 mazmumah dan pupukkanlah kami dengan sifat2 mahmudah..jangan biarkan kami terlalu lalai mengejar nikmat dunia hingga lupakn nikmat sebenar yg harus dicari…jadikanlah kami hambamu yang tahu bersyukur…Amin..Ya Rabbal’Alamin.."

..insyaAllah… have a nice weekend…!

p/s: pada yg menunggu gambar diupload,mostly dah diupload…so,boleh jenguk2 disana ok ;)

*wondering apa la angkasawan/wati2 buat sekrg ni ya…menebar roti canai ke bak kata maksue? kehkeh….

+ Jumbo utk dijual +

Friday, January 13th, 2006

okay. ini adalah iklan:

%untuk dijual%

Kancil Manual (850EX if i’m not mistaken) 2nd hand berusia setahun berwarna metallic sparkling silver berharga RM20+k (negotiable), good condition, accdnt free, bernama Jumbo (nama optional, anda boleh menukarnya /membuangnya mengikut owner).

sekiranya ada sesiapa yg berminat, sila hubungi saya. sekian terima kasih.

%ini ucapan tahniah%

buat sahabatku en. bos yg bakal terbang ke angkasaraya (tak kisah la dapat ke tak,terbang betul2 or dlm mimpi aja, tp adalah teruja mendapat tahu terselect antara 27. aku rasa ia adalah pencapaian yg boleh tahan hebat!).sesungguhnya adalah seronok juga jika benar2 dpt melihat kebesaran Allah SWT dgn mata sendiri diatas nun jauh di orbit cakerawala.sesuatu yg xsemua org boleh dpt peluang ini.mudah2an angan2 kerajaan yg nak melihat angkasawan malaysia pertama membawa roti canai dan kain batik di angkasa tercapai jua walaupun adalah(err..sedikit lucu) besar tanggungjawab,pengorbanan dan harus tinggi usahanya utk mencapai cita2 yg insyaAllah jika dengan izin Allah,dpt la kita saksikan suatu hr nnt……yg penting, teknologi yg ingin kita terajui dan perolehi ini..sesuatu yg baru utk anak Malaysia…selamat maju jaya angkasawan/angkasawati2 negara :)

% utk bisa2 aja%

nak balik…daging nk wat msk apa nih?…hmm…takpe aa housematies terchenta, nantikan aja resepi baru ibuk ini malam ya….

wassalamsz

+Salam Aidiladha 1426hijrah+

Friday, January 6th, 2006

Alhamdulillah, tahun 2006 telah bermula. Teringat sms ayah bila aku frwd sms bear tulis ‘can i stay in ur inbox’, ayah reply ‘no, I don’t celebrate’..hehe…and I ask him to keep until 1 muharram…haha. Anyway, ye la, 2006 utk tahun masihi….its still a new chapter for me…even aku bukannya celebrate dlm erti kata mengenjoykn diri huha huha sana sini, its just menandakan permulaan utk tahun yg berikutnya after tahun lalu yg telah berlalu…bercakap mengenai masa, teringat soalan imam al-ghazali bertanyakan pd anak muridnya mengenai apakah perkara yg paling jauh kt dunia nih…macam2 jawapan, but jawapan al-ghazali is perkara yg palllliiiinnngg jauh kt dunia nih is, masa lalu…benar…masa lalu  mmg takkan dtg balik n takkan kita boleh sampai balik even sejauh mana kita cuba nak pegi balik..(err..back to the future machine?..hehe)..even sesaat yg telah lepas aku menaip ni pun, ia takkan dtg balik… well, mlm td nye forum bertajuk ‘Yang ditunggu tak tiba’ membincangkan mengenai masa dan usia ..ahli panel yg terdiri dr dr. mashitah,ustaz bani, dan kolonel memberi panduan dan kesedaran pd penonton utk melihat kembali masa2 lampau kita,saranan utk menguruskan masa  dlm membahagikan aktiviti utk duniawi dan akhirat, serta mengubah pandangan sesetengah pihak yg menyatakan ‘life begin at 40’…actually masa yg tak ditunggu pun kadang-kala tiba juga…contohnya usia…takde sape yg nak tua…tapi lambat laun mana yg pnjg umur tu, akan tua juga…even bak kata ustaz bani product skrg mcm2 yg nk bg manusia ni nmpk muda sbb semua org kalau boleh taknak tua…tapi hakikatnya,masa dan usia itu berjalan tak menunggu kita n sampai masa nak tak nak kita harus terima…begitu juga dgn ajal…so,saranan utk meng’grab’ sisa2 hidup yg tinggal ni haruslah dilihat kembali n berfikirlah cara2 utk menggunakannya sebaik mungkin ….dulu hidup aku mmg tak pernah fikir utk hari esok,hidup hr ni utk hrni… aku jarang buat plan, selalu membiarkan masa yg konon2nya menentukan…tp bila difikirkan balik, bila masa plak si masa nak ada masa tentukan utk kita kalau bukan kita yg buat masa tu ditentukan pd masanya? Isk, aku pun berbelit…tp itulah hakikat,bukannya masa yg mengejar kita tp kita yg harus mengejar masa coz masa mmg takkan tunggu kita…ia akan berlalu, lalu lalu lalu…takkan dtg balik..so, kalau nak isi masa depan yg belum sampai lagi ni dgn baik, kita haruslah berfikir dan merancang supaya masa yg akan dtg tu, dpt kita gunakan sebaiknya n tidak berlalu sia2 mcm tu je…hmm, this is something which me myself kena ubah n  hopefully I can manage it well…masa utk diri sndiri,masa utk keluarga, masa utk rakan2, masa utk masyarakat, masa utk beribadat…etc..dah la skrg ni rasa masa makin lama makin cepat .…n mmg la kita takkan tau apa yg akn berlaku pd hari esok, tp at least dgn perancangan , kita dpt gambaran on how we want the future to be, ada mission n vision… n yup,kita hanya mampu merancang, selebihnya kita berserah pd kuasa Allah SWT utk tentukan…masa…Ya Allah, dah nak setahun dah..skrg bln satu,pastu bulan dua…xsedar…bukti kecepatan masa…

Kadhaji_1

Today last day keje b4 raya hajji!…alhamdulillah, ada rejeki lebih thn ni leh wat  ibadah qurban…actually,tak la mahal sgt utk satu bahagian…lebih kurang price rebonding je..haha..so,next year if ada sape2 yg ada simpan hajat nk wat qurban,korang spent la dlm rm300 utk satu bhgn…insyaAllah,besar ganjarannya…. terkenang masa yg lalu which we call ‘kenangan’ melapah daging lembu bernama Abu beramai2…mlm seblm tu, memayungkn abu karena mlmnya hujan…erm..good experience n kenangan yg maniss bangat….how am I going to celebrate this yr raya? insyaAllah,sederhana dan berharap agar semuanya baik-baik aja…oh,mungkin boleh join ayah tgk navy2 melapah lembu kat base lagi…mlm ni maybe berbbq dgn daging bebiri bersama sedare mare(aa,bkn daging korban..) hopefully tak hujan, kalau hujan pun takpe,nyaman sket mengipas, tp jgn ribut…huhu…anyway, wishing everybody Salam Aidiladha…maaf zahir dan batin juga…(-_o)v

*al-fatihah juga buat mangsa2 runtuhan bangunan di mekah…terkejut, namun bukan al-khulud…moga2 mereka tabah menghadapi sgla cbrn n ujian Allah..selamat menunaikan haji juga…