+merungkai kisah Mat Senyum+

Mat senyum..aku ingat balik aksi2 dia, aku senyum…. Well, the story begin like this. Yesterday, pagi2 lepas ayah balik dr solat subuh kat mesjid, ayah jerit dr bawah kejut aku n ibu yg tertido time tgh  tgk motivasi pagi…”Ibu alin bangun2…ada tetamu dari bota ni! “….aku yg terkejut n mamai duk terkata gak dlm hati ‘sapa plak yg datang pagi2 nih?!?’..heheh..so, ibu bangun…turun dulu..aku menyusul kemudian lepas cuci muka n gosok gigi…bila turun, selisih ngn ayah kat tangaa.."sapa datang yah? Ramai ke ? pompuan ke laki? "..ayah sengih.."pegi je le tengok…”aik…musykil aku. So aku turun bawah, kelihatan ibu tgh bercakap2 dgn sorg budak laki berbaju melayu ungu,bersongkok, n berseluar tracksuit duduk bersimpuh dpn tv…badannya kecik sikit dr adik aku..”eh,anak sapa plak yg bapak aku bawak balik nih?!?”

Macam2 persoalan timbul dlm pale otak aku.Ibu tanya mcm2 soalan (aku pun join gak), tanya nama tak jawab…senyum je…tanya mak ada..angguk…tanya ayah ada..angguk…tanya duduk mana…senyum…"bota" jawabnya…dtg sini dgn siapa n naik apa…"naik bas",jawabnya..uishh,dlm hati aku takkanla mak ayah dia nak biar dia naik bas sorang2..tanya mak ayah mana…dia jawab “ntah”.. tanya alamat, dia senyum..tanya..kamu ingat alaamat?..geleng…so, dia taktau alamat rumah…mmg macam2 kitorg jawab nak korek kisah dia, tapi ada yg dia jawab, ada yg dia buat selamba je, ada jugak yg merepek2…ibu risau takut mak ayah dia cari,..takut juga kalau kena tuduh culik anak orang…tapi mmg misteri… kesian sungguh tengok keadaan dia…dr pengamatan kitorg, nampak budak ni mcm ada something wrong…bukan apa, dia ada sesuatu yg pelik, tp aku takleh nak ckp apa..bila ckp ngn dia, tau la dia mmg ada sesuatu la… tp bila tgk muka dia senyum,alahai…manis nya..asyik sengih je…mcm2 assumption yg kitorg buat…ahaksz

Tak lama lepas tu, ayah turun balik…kitorg tanya ayah, apa kisahnya budak tu.. ayah cakap nampak dia berjalan2 smlm kat area2 masjid, sorang2…pastu subuh tu, tgk dia tido kat masjid.. org ckp dia ada kat area2 masjid stwn tu dr hari jumaat, lepas smyg jumaat…which means, dia dah 3 hari kat situ, tak balik rumah… ayah kesian tgk dia tido kat masjid pagi tu, so ayah bawak dia pegi sarapan n ajak balik sbb sure dia tak mandi sejak 2 hari yg lalu…mahu plak dia ikut ayah..hehe…tp ayah mmg taktau nama dia sbb tanya nama dia tak jawab…senyum je..last2,ayah panggil dia “senyum”, dia respon…dah la ayah suruh kitorg panggil dia ‘Senyum’ gak… ibu ngn aku gelak, merepek je ayah..ada ke pangge Senyum?!?!..kot ye pun,bagi le nama yg semenggah sikit..ibu cakap nak panggil nama Muhammad..dia angguk..aku lak pangge dia Mat je,ringkas…am plak tambah sikit..panggil "Mat Senyum"..hehe..apa2 pun,mmg dia respon la..so, there comes the name..

Panjang plak mukadimah aku.. nak dipendekkan cerita, dari pagi tu kitorg layan dia, suruh dia mandi n kasi dia pakai baju adik aku, dia join main game ngn am, makan tengahari sama2, lagi satu yg aku perhatikan, dia bijak…walaupun mcm something wrong, dia mmg bijak.. tgk tgn dia main game, main henfon aku, main radio, kene je gayanya menekan..advance dgn teknologi! oh, tapi time main talipon aku tu,aku risau2 sket coz ape mende ntah yg dia tekan, snap2 gambo, pastu tersend kat sapa2 ntah yg ada dlm list phonebook aku…ada plak yg mereply ckp aku salah tekan ke apa. Bila check balik,mmg la tah hapa2 yg tersend, ada send gambo,ade send sms yg huruf2 tahhapa2…sukahati je. Harhar..aku suruh dia tekan no talifon rumah dia, idok la reti pulok…apa2 pun, utk meng’avoid’ tersend lg,aku keypadlockkan ajaa…bende favorites dia kat rumah tu, cd ngn henfon aku..keh2… time makan, ayah ajak kitorg hantar dia balik bota petang tu…ayah nak investigate betul ke dia ni duduk bota etc..which means, nak merungkaikan misteri mat senyum ni disamping mmg nak hanta dia balik since dia ckp mak ayah dia ada lagi…aku pun suspend nak tau..risau gak simpan anak orang lama2..Mat senyum ada gak mengsuggest suruh dia dihantar kat balai polis je, katanya nnt polis akan hanta dia balik…kelako kalo dengo cara dia bercakap..mcm org tua2…apa2 pun,mmg ayah tekad nak cari gak rumah betul dia..

Dlm pukul 4 camtu, aku,ibu,ayah n Mat Senyum pun bergerak la dr Sitiawan ke Bota..ayah suruh Mat tunjuk jalan..dlm hati,aku berharap la biarla mat ni betul2 ingat jalan, jgn dia duk tunjuk2 but sebenarnya tmpt tu tak wujud pun…sitiawan n bota bukannya dekat! So,we start d journey menjejak rumah mat senyum…sampai kat jambatan yg cross sungai perak tu, dia ckp terus lagi..aku dlm hati dah cuak, kata bota..kalo terus, dah bukan bota dah! Tapi ayah tawakkal, gamble..ayah ikutkan je…so kitorg terus, then masuk simpang ke kg. gajah…and at last, the first destination dia ckp rumah dia dekat dgn surau..nama kawasan tu aku lupa,tp mmg bukan Bota laa..kitorg masuk simpang tu, berhenti dpn sebuah rumah papan yg dia claimed kata rumah dia…kat situ ada 3 budak perempuan,the eldest mcm sek men…ayah tanya diorang Mat ni adik diorang ke, masing2 tak mengaku..tapi bila tanya kenal ke tak, diorang kata kenal…rupanya2 itu rumah mak sedara mat senyum ni…yg lebih mengejutkan, budak2 tu cakap Mat senyum ni duduk sitiawan! Beristighfar kejap kitorg…nasib baik kat situ betul la ada sedara. Budak2 tu suruh pegi hanta Mat ni ke rumah opah dia…so, kitorg pun cari la rumah opah dia, yg sebenarnya tak la jauh sgt dr situ…bila sampai nampak la sorang nenek dan seorang lelaki berusia awal 40an mungkin…memula dia menyorok,tp bila bukak je pintu, terus Mat ni jerit “ayohh!”..so,tau le kami itu ayahnya dan nenek tu adalah opahnya…mak n sedara2 lain pun ada..dan bermulalah sesi jejak kasih disitu…

dari situ juga kami mendalami kisah mat senyum ni atau nama sebenarnya Muhammad Nor Ariff (sedap namanya..)..dia mmg mengalami masalah and berpenyakit “hyperactive” kalo ikut term modern..tapi ayah nya plak percaya dia terkena saka turun temurun..wallahualam.. umur sebenar, 13 thn..sama ngn adik aku rupanya..Cuma disebabkan masalah kesihatan, dia sekolah sampai darjah 2 je..dah puas berubat, tapi still macam tu juga…manja budaknya, ada adik beradik 6 orang dan dia yg ke2…kes dia hilang dr rumah mmg selalu sejak 1thn lalu, tp yang kali ini paling lama coz nak masuk 3 hari..selalunya dia mmg akan balik rumah sama ada org / polis hantar or jalan kaki sendiri..padanla dia tak kisah kalo dihantar kat balai coz dia tau polis dah kenal n akan hantar dia balik..mak bapak dia satu family mmg risau n kebetulan balik ke kampong tu coz baru balik dr jumpa mcm nenek ala2 bomoh nak tahukan kedudukan mat ni sbb takut kena culik ke apa ke..antara ikhtiar mereka la sbb sblm tu kononnya diorg dah round satu sitiawan cari tp tak jumpa..…sebab dia lari, dia sensitive,kalo kene marah dia akan merajuk …and kes ni jadi sbb kakak dia tak kasi dia pegi masjid solat jumaat coz kakaknya berebut nak pakai basikal.dia decide jln kaki n tak balik2..mak dia cerita,dia setiap hari jumaat mesti nak pergi masjid, sbb dia dengar ckp ada sorang ustat yg ckp kat dia, “hari jumaat kena pergi masjid sembahyang jumaat, kalau tak berdosa”..terharu aku denga….walaupun naive,dia tahu apa itu dosa n pahala…apa2 pun,alhamdulillah syukur coz kitorg dpt gak hantar dia balik bota and balik sitiawan balik ( rumah dia tak jauh pun dr rumah kitorg sebenarnya..haha) dan mengenali keluarga Mat Senyum… mungkin lepas2 ni mat senyum akan datang lagi rumah kitorg, tapi tak kisah la kan..dia pun baik budaknya, sedikit sebanyak mengisi kekosongan kami, menceriakan juga and yg penting, dah tau rumah dia kat mana so lainkali senang le nak hanta balik..harharhar.. terungkailah misteri Mat Senyum…

Malam tu, aku, sue and rozetek (harhar…rozaini a.k.a upai la kan..) bertolak pulang ke KL balik..best jugak mengimbas kenangan sekolah rendah dan menengah…tapi mmg barel merah n muka selengenya dahulu tidak boleh dilupakan…harharhar

konon nak pendekkan tp terxtra panjang plak entry nih rasanya

One Response to “+merungkai kisah Mat Senyum+”

  1. Su Says:

    Masyallah panjangnye cite.. semput aku nak baca sumer tot, tapi nasibbaik dah dgor ko citer dlm kete aritu.. hehe memang kelakar dan penuh suspens!!! boleh masuk program kisah benar atau neraca, hanya di TV3!

Leave a Reply