Archive for August, 2005

+friends 4 3v4+

Wednesday, August 17th, 2005

Friendship will last forever…yes, I agree with that… But aku sedar, friends will come and go, one by one will leave us, but we also make new friends …the cycle of friends will always like that..erm..its not that we lost the friendship,….the friendship is there but ke ‘available’an to be with us yang akan hilang…(ye la,masing2 bz dgn kehidupan masing2 …everybody have their own life) … perasaan itu juga datang when satu2 dpt perkhabaran gembira from friends yg akan pergi ke next stage n do good changes in their life, … I mean, kawin, tunang, pegi belajar, pindah rumah, pindah kerja, etc…most of it are good news …I’m glad and tumpang gembira for them..and I also realize, the chances to meet them akan kurang n tak seperti dahulu lagi, waktu zaman hang out sama2, spent time sama2, everything will change.. itu adalah lumrah kehidupan, of course everything takkan maintain mcm tu je sampai bila2 and  everybody will do changes including me, grown up, grow old ( kalau pjg umur), just to fill n follow the needs of life…and also searching for the meaning of life….(i’m still on d journey to be a better me…)

Intotsz 23 tahun dulu and sekarang tak sama.  Sometimes when u know me 10 years ago, when u meet me now, u can see the difference…u can’t expect me will be the same me who u know 13 years ago..a grown up thingy..walaupun ada la certain2 things yg sama tapi mesti lain juga..… namun, kenangan 10 thn dulu ke, 5 tahun dulu ke, 10hari lalu ke, tetap dikenang and still menjadi something yg manis utk dikenang…and ianya takkan dtg kembali coz it’s a past….I really appreciate all my times i’ve spent with my friends… Alhamdulillah… I think,my life today still surrounded by friends …kawan sekolah, kawan university, kawan tmpt kerja, kawan baru… for me, friends penting utk kehidupan aku dulu dan sekarang selepas family… they r the person who make ur life more meaningful, cheer u up, sharing with u, helping u, even sometimes it can be vice versa. But they are also a big part of my life, those who colored ma life…all the memories,childhood memories…really appreciate n miss em..maybe one day I have to leave all my friends behind or I am the one who will be left behind, but I will accept it as the changes that we have to face and go through…then, comes the word “independent”…

For bts girls, I was wondering who will start take da big step first…hehehe…tak nampak lagi, but I believe it will happened one day…lets just wait and see..or, shall we betting? Harharhar.apa2 pun, cool down…

For my kawan, even u haven’t tell me the gud news yet ,still wanna congratulate u…n Alle’s Gute! Dah sampai seru ya…Alhamdulillah..,im happy 4 u……apa2 pun, tahniah.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat , serta berjaya dalam pelajaran ….kejayaan dunia dan akhirat..amin…

Untuk Ropol dan Lalatz yg akan bertunang minggu ini, I’m soooo proud of u guys!…congratulations to both of u…juga pada sahabatku yg akan bertunang minggu depannya..hehehe…sayang korang, friends forever…juga pd Indra yg akan kahwin weekend ni…tahniah!

*ma dearest friends,Thank You very much for being my friend…*

+merungkai kisah Mat Senyum+

Monday, August 15th, 2005

Mat senyum..aku ingat balik aksi2 dia, aku senyum…. Well, the story begin like this. Yesterday, pagi2 lepas ayah balik dr solat subuh kat mesjid, ayah jerit dr bawah kejut aku n ibu yg tertido time tgh  tgk motivasi pagi…”Ibu alin bangun2…ada tetamu dari bota ni! “….aku yg terkejut n mamai duk terkata gak dlm hati ‘sapa plak yg datang pagi2 nih?!?’..heheh..so, ibu bangun…turun dulu..aku menyusul kemudian lepas cuci muka n gosok gigi…bila turun, selisih ngn ayah kat tangaa.."sapa datang yah? Ramai ke ? pompuan ke laki? "..ayah sengih.."pegi je le tengok…”aik…musykil aku. So aku turun bawah, kelihatan ibu tgh bercakap2 dgn sorg budak laki berbaju melayu ungu,bersongkok, n berseluar tracksuit duduk bersimpuh dpn tv…badannya kecik sikit dr adik aku..”eh,anak sapa plak yg bapak aku bawak balik nih?!?”

Macam2 persoalan timbul dlm pale otak aku.Ibu tanya mcm2 soalan (aku pun join gak), tanya nama tak jawab…senyum je…tanya mak ada..angguk…tanya ayah ada..angguk…tanya duduk mana…senyum…"bota" jawabnya…dtg sini dgn siapa n naik apa…"naik bas",jawabnya..uishh,dlm hati aku takkanla mak ayah dia nak biar dia naik bas sorang2..tanya mak ayah mana…dia jawab “ntah”.. tanya alamat, dia senyum..tanya..kamu ingat alaamat?..geleng…so, dia taktau alamat rumah…mmg macam2 kitorg jawab nak korek kisah dia, tapi ada yg dia jawab, ada yg dia buat selamba je, ada jugak yg merepek2…ibu risau takut mak ayah dia cari,..takut juga kalau kena tuduh culik anak orang…tapi mmg misteri… kesian sungguh tengok keadaan dia…dr pengamatan kitorg, nampak budak ni mcm ada something wrong…bukan apa, dia ada sesuatu yg pelik, tp aku takleh nak ckp apa..bila ckp ngn dia, tau la dia mmg ada sesuatu la… tp bila tgk muka dia senyum,alahai…manis nya..asyik sengih je…mcm2 assumption yg kitorg buat…ahaksz

Tak lama lepas tu, ayah turun balik…kitorg tanya ayah, apa kisahnya budak tu.. ayah cakap nampak dia berjalan2 smlm kat area2 masjid, sorang2…pastu subuh tu, tgk dia tido kat masjid.. org ckp dia ada kat area2 masjid stwn tu dr hari jumaat, lepas smyg jumaat…which means, dia dah 3 hari kat situ, tak balik rumah… ayah kesian tgk dia tido kat masjid pagi tu, so ayah bawak dia pegi sarapan n ajak balik sbb sure dia tak mandi sejak 2 hari yg lalu…mahu plak dia ikut ayah..hehe…tp ayah mmg taktau nama dia sbb tanya nama dia tak jawab…senyum je..last2,ayah panggil dia “senyum”, dia respon…dah la ayah suruh kitorg panggil dia ‘Senyum’ gak… ibu ngn aku gelak, merepek je ayah..ada ke pangge Senyum?!?!..kot ye pun,bagi le nama yg semenggah sikit..ibu cakap nak panggil nama Muhammad..dia angguk..aku lak pangge dia Mat je,ringkas…am plak tambah sikit..panggil "Mat Senyum"..hehe..apa2 pun,mmg dia respon la..so, there comes the name..

Panjang plak mukadimah aku.. nak dipendekkan cerita, dari pagi tu kitorg layan dia, suruh dia mandi n kasi dia pakai baju adik aku, dia join main game ngn am, makan tengahari sama2, lagi satu yg aku perhatikan, dia bijak…walaupun mcm something wrong, dia mmg bijak.. tgk tgn dia main game, main henfon aku, main radio, kene je gayanya menekan..advance dgn teknologi! oh, tapi time main talipon aku tu,aku risau2 sket coz ape mende ntah yg dia tekan, snap2 gambo, pastu tersend kat sapa2 ntah yg ada dlm list phonebook aku…ada plak yg mereply ckp aku salah tekan ke apa. Bila check balik,mmg la tah hapa2 yg tersend, ada send gambo,ade send sms yg huruf2 tahhapa2…sukahati je. Harhar..aku suruh dia tekan no talifon rumah dia, idok la reti pulok…apa2 pun, utk meng’avoid’ tersend lg,aku keypadlockkan ajaa…bende favorites dia kat rumah tu, cd ngn henfon aku..keh2… time makan, ayah ajak kitorg hantar dia balik bota petang tu…ayah nak investigate betul ke dia ni duduk bota etc..which means, nak merungkaikan misteri mat senyum ni disamping mmg nak hanta dia balik since dia ckp mak ayah dia ada lagi…aku pun suspend nak tau..risau gak simpan anak orang lama2..Mat senyum ada gak mengsuggest suruh dia dihantar kat balai polis je, katanya nnt polis akan hanta dia balik…kelako kalo dengo cara dia bercakap..mcm org tua2…apa2 pun,mmg ayah tekad nak cari gak rumah betul dia..

Dlm pukul 4 camtu, aku,ibu,ayah n Mat Senyum pun bergerak la dr Sitiawan ke Bota..ayah suruh Mat tunjuk jalan..dlm hati,aku berharap la biarla mat ni betul2 ingat jalan, jgn dia duk tunjuk2 but sebenarnya tmpt tu tak wujud pun…sitiawan n bota bukannya dekat! So,we start d journey menjejak rumah mat senyum…sampai kat jambatan yg cross sungai perak tu, dia ckp terus lagi..aku dlm hati dah cuak, kata bota..kalo terus, dah bukan bota dah! Tapi ayah tawakkal, gamble..ayah ikutkan je…so kitorg terus, then masuk simpang ke kg. gajah…and at last, the first destination dia ckp rumah dia dekat dgn surau..nama kawasan tu aku lupa,tp mmg bukan Bota laa..kitorg masuk simpang tu, berhenti dpn sebuah rumah papan yg dia claimed kata rumah dia…kat situ ada 3 budak perempuan,the eldest mcm sek men…ayah tanya diorang Mat ni adik diorang ke, masing2 tak mengaku..tapi bila tanya kenal ke tak, diorang kata kenal…rupanya2 itu rumah mak sedara mat senyum ni…yg lebih mengejutkan, budak2 tu cakap Mat senyum ni duduk sitiawan! Beristighfar kejap kitorg…nasib baik kat situ betul la ada sedara. Budak2 tu suruh pegi hanta Mat ni ke rumah opah dia…so, kitorg pun cari la rumah opah dia, yg sebenarnya tak la jauh sgt dr situ…bila sampai nampak la sorang nenek dan seorang lelaki berusia awal 40an mungkin…memula dia menyorok,tp bila bukak je pintu, terus Mat ni jerit “ayohh!”..so,tau le kami itu ayahnya dan nenek tu adalah opahnya…mak n sedara2 lain pun ada..dan bermulalah sesi jejak kasih disitu…

dari situ juga kami mendalami kisah mat senyum ni atau nama sebenarnya Muhammad Nor Ariff (sedap namanya..)..dia mmg mengalami masalah and berpenyakit “hyperactive” kalo ikut term modern..tapi ayah nya plak percaya dia terkena saka turun temurun..wallahualam.. umur sebenar, 13 thn..sama ngn adik aku rupanya..Cuma disebabkan masalah kesihatan, dia sekolah sampai darjah 2 je..dah puas berubat, tapi still macam tu juga…manja budaknya, ada adik beradik 6 orang dan dia yg ke2…kes dia hilang dr rumah mmg selalu sejak 1thn lalu, tp yang kali ini paling lama coz nak masuk 3 hari..selalunya dia mmg akan balik rumah sama ada org / polis hantar or jalan kaki sendiri..padanla dia tak kisah kalo dihantar kat balai coz dia tau polis dah kenal n akan hantar dia balik..mak bapak dia satu family mmg risau n kebetulan balik ke kampong tu coz baru balik dr jumpa mcm nenek ala2 bomoh nak tahukan kedudukan mat ni sbb takut kena culik ke apa ke..antara ikhtiar mereka la sbb sblm tu kononnya diorg dah round satu sitiawan cari tp tak jumpa..…sebab dia lari, dia sensitive,kalo kene marah dia akan merajuk …and kes ni jadi sbb kakak dia tak kasi dia pegi masjid solat jumaat coz kakaknya berebut nak pakai basikal.dia decide jln kaki n tak balik2..mak dia cerita,dia setiap hari jumaat mesti nak pergi masjid, sbb dia dengar ckp ada sorang ustat yg ckp kat dia, “hari jumaat kena pergi masjid sembahyang jumaat, kalau tak berdosa”..terharu aku denga….walaupun naive,dia tahu apa itu dosa n pahala…apa2 pun,alhamdulillah syukur coz kitorg dpt gak hantar dia balik bota and balik sitiawan balik ( rumah dia tak jauh pun dr rumah kitorg sebenarnya..haha) dan mengenali keluarga Mat Senyum… mungkin lepas2 ni mat senyum akan datang lagi rumah kitorg, tapi tak kisah la kan..dia pun baik budaknya, sedikit sebanyak mengisi kekosongan kami, menceriakan juga and yg penting, dah tau rumah dia kat mana so lainkali senang le nak hanta balik..harharhar.. terungkailah misteri Mat Senyum…

Malam tu, aku, sue and rozetek (harhar…rozaini a.k.a upai la kan..) bertolak pulang ke KL balik..best jugak mengimbas kenangan sekolah rendah dan menengah…tapi mmg barel merah n muka selengenya dahulu tidak boleh dilupakan…harharhar

konon nak pendekkan tp terxtra panjang plak entry nih rasanya

+Jerebu n Resdung+

Wednesday, August 10th, 2005

Akan sampai tahap daruratkah KL ni? Keadaan jerebu or haze from hell ni semalam teruk….From renaissance hotel lobby glass wall, boleh nampak keadaan luar yang sangat teruk. Everything is blur. Malah aku rasa jerebu tu dah masuk dlm bangunan pun…coz dlm bangunan pun rasa tak best,gatal2 tekak, sesak napas..fuh fuhh..ada gak beberapa ketika yg terasa macam kat genting, kunon2 ala2 sejuk  berkabus la…cehh…memula we planned to go out for lunch, but bila tgk condition luar yang horror, kitorg just lunch buffet kat dalam je…first time mkn oyster fresh (erghyak) n smoked salmon (which is quite nice!)…mknn2 diorg best gak,variety…..hah, teringat one tea break mini burger yg keras…lipoon siap buat show menguji kekerasan roti burger dgn membaling rotinya kedinding n tadaa! Pantulan yg terhasil seperti membaling bola tennis ke dinding! Walla ,Terbukti keras! Harharhar..

Harini keadaan sekitar Jalil Hill (ecee) still mcm smlm. anyway, the haze really effect me. Since I have sinus, allergic, or org melayu cakap resdung, keadaan persekitaran yg kabur2 berasap ini membuatkan hidung aku gatal2, kulit muka gatal, mata pedih n berair serta gatal, yang lebih menyedihkan, sudah kelihatan bukit2 kecil yg baru tumbuh menambahkan gunung2 berapi yang sudah ada….which I think mmg berkait rapat dgn udara  kotor yg mengena wajahku ini..dasar berkulit sensitive dan hormone tak stabil, mmg senang laa dpt jerawat…walaubagaimanapun, aku belum lg tahap nak pakai topeng, lgpun aku nye perjlnn harian aku tak begitu terexpose dgn persekitaran luar. Antara gap parking ngn ofis, n parking ngn rumah yg mana bagi aku,tidaklah jauh sangat…tapi teringat gak,ketika zaman jerebu masa sekola dulu dah merasa jadi maskman…lemas juga pakai topeng…maybe I’ll go for purdah je kot. hehehe

Rawatan resdung dengan cara mengasap muka yg ropol surf haritu mmg aku pernah cuba. Tp tu masa kecik2 dulu, xsempat berubat habis, coz nenek comel yg buat tu meninggal dunia ..for me, mmg berkesan n terasa sedikit lega bila kita rasa hama2 tu keluar dr muka (saikologi)..tapi aku rasa dengan kaedah perawatan sekarang yg disyorkan Cleopatra, mungkin lebih berkesan coz after asap muka, disambung dgn rawatan facial yang boleh membantu membersih dan merawat wajah… walaupun mcm2 yg aku dengar pasal rawatan resdung( ada yg tipu), tp yg ini,aku rasa mcm nak cuba, but tgk la dulu keadaan mcmmana. Ikhtiar je…kalau berkesan, alhamdulillah…mmg ia takkan recover 100% tapi kalau ia dpt mengurangkan,itu sudah cukup baik. Walaupun aku selalu risau n rimas mengenai kulit aku, aku tetap bersyukur kerana masih dikurniakan pancaindera dan fizikal yang sempurna dan boleh guna…heh.

Kadang2 aku tunggu gak kot2 ada je org cakap “ awak tetap cantik walaupun awak berjerawat”..keh2…tapi mcm belum ada pulak masalahnya. Aku harap kesungguhan dan pengorbanan aku dlm merawat kulit wajah ini akan berbaloi juga akhirnya…aminn…

Ok ok… Aku berhenti berharap….keciwanya..

Demam rindu… rindu sangat2…harap2 thn ni jadi pergi menziarah tanah suci, mmg we planned nk pegithis year, Its our dream to go there together-gether…hrp2 ada rejeki..ikut ye… minggu ni insyaAllah balik kg. i luv balik,tp for sure kena stand by lagi utk menjawab soalan2 cepu emas…uhukk…(mari garu hidung)

+DeMam UraT+

Wednesday, August 3rd, 2005

Ok. Yesterday I’m MC…da reason.. demam… But then, I’m a lil bit confused with ma own fever,  which I feel a bit weird…lain sket dr demam2 yg biasa kena b4 this….

I can feel ma body heat tak tentu..kejap rasa panas, kejap rasa sejuk, org lain rasa kdg2 panas, kadang2 tak panas pun… since last Monday, I’ve started felt uneasy with ma own body… while getting hingus yg permulaan dan sakit tekak, start rasa xlalu makan, mandi tak basah (haha, memain je.. mandi guna water heater lg…),kadang2 mual (tp xmuntah..err..sory,I’m x pregnant), I thought aku akan kena demam for the next day…so, on da Monday nite, ma body still xberapa sedap aja rasanya. Start rasa sengal2, kaki bisa2…(uhuk..rasa mcm org tua).. malam tido bersama sweater, the next morning after subuh prayer aku berasa sedikit lega…tp sengal2 nya masih ada…. Memikirkan keadaan badan yg masih belum stabil, aku amik keputusan to rest at home (kalo g ofis, aircond bole memburukkan keadaan..firasat aku laa..), to let ma body stabil dulu….so,yesterday I just stayed at home, berbungkus sambil menuntun Umizaru yg belinya dah berkurun tp xtgk2 (it’s a nice muvie…u r rite hanni…).. da condition is still da same..seram suam suam sejuk….petang, pegi klinik feveret meshy (hehehe)…I’m afraid of getting denggi (coz meshy baru je baik dr denggi )..so, I asked him wether is it a symptom of dengue.. but then, the doc said..NO..if u get denggi , u will ;
1) muntah2… (ok. Aku tak muntah..rasa nak muntah ada,tp itu tidak bole diambil kira)
2) cirit birit ( aaa…..rasanya sbb minum 100plus byk sgt la..)
3) dmm dgn suhu yg tinggi ( oh, aku tidak cukup tinggi )
4) lemah2 badan ( ya, ada, tapi tidak dapat gambarkan bagaimana yg sakit)
5) tumbuh bintik2 merah ( itu kalo denggi berdarah… ada juga,tp kalo tak silap,itu jerawat namanya..hehehe )

N the doc said, its just a normal fever…maybe bcoz of the weather…tgh musim demam juga..so,alhamdulillah… lega. Tp bila balik rumah, the feeling of uneasy dtg balik..which is dem, malas nak layan…so, just melakukan perkara yg biasa… makan dinner dan menuntun rancangan menarik hr selasa ..Mencari Cinta ( azahari seorg yg best, namun mungkin elly rasakan dia tidak sesuai utk azhari….so,dikeluarkan..ecee), Joey, dan Desperate Housewives…. Kemudian tido…..n this morning, aku bgn, bersiap2, and tadaaa…dtg ofis balik…. Batuk ada lagi sikit sahaja, tp badan mmg masih xrasa best. So,aku simpulkan aku demam urat je…..(mcm ayah haritu kot..eheh) coz urat2 dlm badan je yg duk sakit2, tp alhamdulillah, still boleh jalan,still bole drive, so, maybe it takes time utk ok balik. Or, maybe aku kene pergi body massage ? (wow!).. haih, slalunye part2 mengurut ni a.fineh yg rajin nak urutkan…takpelah, cari option lain…
Anyway, sebagai langkah berjaga2, minum air masak n 100plus banyak2 (walaupun ia akan mendatangkan rasa mudah utk pergi mengeluarkan air seni*perkataan pinjaman*) coz its da best medicine utk demam2 nih..harharhar (yes,i’m avoiding panadol coz its not gud 4 ur health)

*terkenang time dpt tau a.along kene denggi dedulu…1st family member yg  kene…time tu dia seminggu demam on/off tak kebah2…nasib baik dpt detect lepas bwk balik stwn n hanta pegi HAT…wanita yg xsuka 100plus n air kelapa..susahnya nak paksa dia minum time tu..(n aku tulun habiskan)..hehehe..apa2pun, alhamdulillah dia baik dr denggi juga akhirnya ….

nak balik. heading off to MV