Kisah Fitting Room Bergerak. Lucu?

It happened last week, last Thursday,same day like today..… Di satu petang yang nyaman , kelihatan dua orang perempuan berjalan masuk ke Indoor stadium Bukit Jalil sempena jualan gudang besar-besaran yg diadakan selama 6 hari disitu. Dengan satu tujuan satu hasrat, ingin membeli seluar jeans baru, alat pengempis perut berharga rm6 sahaja, dan barangan2 yang mampu beli. Senarai itu tak lain tak bukan adalah rentetan senarai  yg tidak sempat dibeli ketika mereka bershopping disitu pada waktu lunch tadi .

Dengan daya ingatan yang masih kuat, mereka terus menuju kearah longgokan seluar jenama ‘x’ yang mmg telah di’aim’ dr tghari tadi. Salah seorang dari mereka, menyatakan hasrat utk membelinya pada penjual disitu dan penjual itu menyarankan agar mencubanya dahulu. Dengan menunjukkan arah “mobile fitting room” yang terletak di hujung kawasan jualan, mereka menuju kearah fitting room itu. Kelihatan ada 2 fitting room, perempuan yg ingin membeli seluar itu td masuk ke dalam salah satunya dan terus mencuba seluar baru itu tanpa memaklumkan kepada kawannya kerana sangkaannya kawannya nampak dia masuk ke fitting room itu.

Walaubagaimanapun, sedang dia mencuba seluar itu, tiba2 fitting room itu bergerak2. perempuan yg sedang berada didalam fitting room itu merasa pelik, namun dia tidak terus keluar dr fitting room itu kerana dia sedang memakai seluar yang baru itu. Perempuan itu cuba berdiri diam sebentar karena cuba menganalisa kejadian yg baru berlaku. Tiba2, fitting room itu bergerak lagi ( ia mudah bergerak kerana ia mempunyai roda). Kali ini perempuan itu memberanikan diri bersuara (tetapi agak perlahan kerana malu2)“ ada orang didalam!”….kemudian ia berhenti. Sedang melihat cermin sekali lagi, tiba tiba fitting room itu bergerak lagi! Kali ini seperti laju dan perempuan yang didalam itu turut bergerak mengikut kelajuan pergerakan luaran kerana khuatir dilanggar dinding fitting room sekaligus jatuh terjelepuk didalam keseorangan. Sambil bergerak, perempuan didalam itu menjerit dengan lebih kuat lagi “ Ada orang kat dalam la!!!”..kalini ini pergerakan itu berhenti dan tiba2 terdengar desas desus suara beberapa orang lelaki (mungkin 2) diluar “ weii ada orang kat dalam laa !” ..”hah? ada orang?” “ha’ah la weh”…kemudian perempuan itu menyahut dr dalam “ ha laa, ada orang kat dalam !” dengan lebih kuat… kemudian tiba2 keadaan jadi seperti huru hara sedikit diluar.

Sesungguhnya perempuan itu tidak tahu menahu langsung keadaan diluar kerana dia masih berada didalam fitting room. Perasaan malu nak keluar kerana masih memakai seluar baru menyelubungi perempuan itu. Namun perasaan ingin tahu siapa yang menolak dan nak tahu kedudukan fitting room itu pada masa itu sangat menebal. Oleh itu, perempuan itu membuka pintu fitting room itu sambil menjengukkan kepala diluar (dgn masih memakai seluar baru). Kelihatan beberapa mata melihat tepat kearah fitting room itu sambil tersenyum2. yang mengejutkan perempuan itu, fitting room itu juga telah berada agak jauh dr kedudukan sebenar! Dem!!! Jauhnya kena tolak! Perasaan tak keruan, malu, dan khuatir ingin terus keluar kerana masih memakai seluar baru bercampur aduk,mmg termangu dan berdebar2 sebentar kat dalam tu.

Akhirnya perempuan itu mengambil keputusan utk masuk semula, kemudian cuba menolak fitting room itu sendiri dari dalam kearah tmpt asalnya dgn harapan orang tak melihat seorang perempuan menolak fitting room sendiri dgn memakai seluar baru dari luar.mengapa dia menolak sendiri? Persoalan yang bagus,tp jawapan yg ada pada masa itu mungkin “malu gile nak mati!”,malu nak berkomunikasi dgn org luar, malu nak tunjuk muka, malu tp terpaksa jugak nak mende tu kat tepi sikit  sbb tanak tukar seluar ditgh2 alam….akhirnya fitting room itu berjaya digerakkan walaupun sedikit berat namun hasil penolakan tidak lah jauh mana. Perempuan itu berkeputusan meneruskan niat menukar juga seluar itu secepat mungkin sebelum kejadian2 aneh lain berlaku serta ingin melarikan diri dari situ secepat mungkin. Setelah menukar seluar, perempuan itu dgn wajah yg tebal 100inci segera keluar sambil sempat menoleh kebelakang melihat keadaan sebenar kedudukan fitting room itu selepas ditolak.Dem! still kat tengah jugak la sebenarnya!… perempuan itu melangkah dengan pantas menuju kearah asal longgokan seluar itu sambil meninggalkan jauh fitting room itu. Matanya melilau lilau mencari rakannya tadi namun tidak kelihatan pula kelibat kawannya itu. Dalam hati bercampur aduk samaada nak letak balik atau nak beli je seluar itu ( seluar itu cantekkk…huuuu).

Ketika tiba dikawasan seluar itu, tiba2 promoter tadi datang dan bertanya.."haa,kak, dah cuba belum seluar tu? Kalau belum,kat sini pun ada fitting room. Tadi fitting room jauh”..Gosh! fittingroom yg asalnya berada dihujung kini salah satunya berada disitu! Punyala jauh mereka tolak… dengan malu2 perempuan itu menjawab “ dah2, takpe2, saya nak terus bayar”….harap2 mamat tu tatau kesah fitting room kene tolak dgn orang skali tadi….heheheheehehehehehehehehehehehe…siot betul perasaan rasanya time tuh……warghh..dapatkah anda membayangkan perasaan perempuan tadi?

Apabila telah menemui kawan perempuan nya , dia pun menceritakan kisah yag baru terjadi padanya tadi. Dengan tak semena-mena kawannya itu gelak yg set nak tergolek…”Ya Allah, intottttt..kamu ke dalam tu tadi?!?”.. har har har har….mana dia tak gelak,dia pun antara saksi yg melihat kejadian tadi..Cuma dia tidak menunggu utk melihat siapa orang yg berada didalam fitting room itu walaupun dlm hatinya terdetik “mungkin intot, tapi takkan la kan…”…. Adeh , kesimpulannyakan Ropol, next time kita kene bgtau kamu la dan jgn menghilang begitu sahaja kerana nnt tiada saksi mahupun orang yg boleh back up atau tolong bgtaukan kat abg tu yg sebenarnya ada orang dlm fitting room tu. ..har har har…

Tolong,saya sangat malu sambil still tergelak sehingga sekarang walaupun tgh menaip mcm org gile bila terkenang balik saat2 dan keadaan pada masa itu. Teringat ropol cerita ada org kat situ yg melihat kejadian itu bercakap “ eh, eh…dia tolak sendiri dari dalam! “ har har har…serius aku tak sure apa yg aku buat, perasaan malu mengatasi segala galanya. Kalo boleh nak  keluar ikut lubang bawah fitting room tu, tahan je boleh buat kalo luas lubangnya sambil tutup mata atau jadi invisible woman. aku tatau apasal aku tak menjerit or rasa marah, mungkin perasaan malu ditambah dgn terasa spt “stupid” woman masih tebal. Har har har.. demit…serious malu terasa bodo tahap dewa. Apa2 pun,aku rasa aku pandai cover la time tu, still boleh senyum kat abg2 yg gelakkan aku n kakak cashier yg dok tgk dr tadi…demit demit…muka org yg jauh2 aku tak perhatikan sgt…harap2 lepas ni aku takkan masuk mobile fitting room lagi. Tak tak, pengajarannya, jgn beli seluar lagi! Dah melambak!! padan muka. har har har

anyway,this story membuatkan some of my friends gelak sampai nak terkencing, actually not only them, aku sendiri yg kena pun gelak sampai nak terkencing. Ada pulak yg cakap kisah ni kisah lucu tahun ini. Ye ke lucu sampai tahap macam tu lat? Korang bubuh la rating sendiri. Bg aku, mende ni jd betul2 pengajaran kat aku… duhh…malu siottttttttt……. Har har har.. lucu ke weh?

*eh,sebenarnya harus berasa gembira kerana sedikit sebanyak dpt membuat orang gelak dan menceriakan orang disekitar itu.heh

* betul ke aku ni slalu menghilang dgn tiba2? teringat kisah comel Lalat pegang tangan aku kat sg wang sbb takut aku hilang dgn tiba2 masa kitorg sesama outing ketika zaman belajar dulu…

+_+ Slam3T HaRi JaDi AdaH HarDa…yg Ke 24taHun….bile Lagi?..eh3m2…..

2 Responses to “Kisah Fitting Room Bergerak. Lucu?”

  1. Ropol Says:

    hehehehe…mmg klaka…rase nak gelak mase fitting room tu gerak sendiri…time tu terfikir sape la kat dalam tu…tak sangke plak kawan sendiri…tapi takleh nak gelak sbb takde geng…kalo gelak sendiri nanti org kate gile plak…konon nak share gelak dgn kamu…tapi rupe2nyer kite gelakan kamu pulak hahaha…takper totsz…terhibur rase nyee…mmg cerite lucu of the year!!

  2. Hanna Says:

    hehhe..tott lawak laa……aku pun gelak mcm org gile dalam kegelapan bilikku ini..hehe

Leave a Reply